Saturday 12 March 2016

Hanya KepadaMu ku Berserah





Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang dirikan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

‘‘Eh, ada noti mesej kat facebook?siapa pulak yang mesej malam-malam ni.Orang busy nak siapkan assignment lagi nih..’’.Rungut Izzah.
‘’Faezrul??Astagfirullahalazim..’’.Terkejut Izzah bukan kepalang tatkala nama itu rupanya  yang telah mesejnya..Denyutan jantungnya makin kencang seperti ribut yang mahu meranapkan pepohon kayu yang kian tumbang.Waduh dahsyatnya kau Izzah..Siapa mamat tu Izzah??jeng jeng jeng..

3 tahun sebelum itu……
Kehidupan di asrama bagaikan asing buat Izzah.Walau diawal dulu dia rasakan mahu saja keluar dari ‘penjara itu’,stress katanya.Mandi berebut-rebut,bangun awal,tidur ramai-ramai dan sebagainya.Namun di situlah terpalit rasa kasih dan saling melengkapi bersama teman-temannya.Daripada tingkatan 1 hinggalah sekarang tingkatan 5 asrama itu sudah menjadi syurga kedua buat Izzah.

Seusai Izzah dan rakan-rakannya menghadiri kelas persediaan , alah senang cakap ‘kelas prep’lah, sudah menjadi rutin harian , kebiasaan semua perlu berkumpul di surau terlebih dahulu untuk solat Isyak berjemaah dan bacaan Al-Mulk.
‘’Izzah,macam biasa erk jap lagi story2 kat aku tau..Tak paham bab 3 tu!’’sapa Farah roommate juga best friendnya.

Izzah memang amat dikenali rakan-rakannya sebagai tukang cerita.Cerita apa pula ni?Subjek sejarah..La,ingat ka apa tadi.Izzah setiap tahun memperoleh markah  tertinggi matapelajaran sejarah.Dia pula suka berkongsi ilmunya itu dalam kaedah bercerita kepada kawan-kawannya.Tambahan bab tamadun Indus,Mesir Purba dan lain-lain.Dan juga bab-bab yang memerlukan kronologi peristiwa panjang yang perlu diingatkan..Izzah memang the best lah..Izzah selalu menggunakan kaedah akronim untuk mengingat kata kunci.Jadi itu yang ingin dikongsi bersama rakan-rakannya.

“InsyaAllah,ok”.jawab Izzah  tersenyum sambil memula langkahnya untuk supper.
Tiba-tiba,
“Assalamualaikum,Izzah, ada orang nak jumpa dekat dewan makan sekejap lagi.Katanya ada hal penting.”Sapa Hafizi.
“Waalaikumusalam,eh Fizi!la,siapa nak jumpa pulak?Farah,sorry tak boleh lah malam ni.Tapi akronim untuk bab tu aku dah siapkan tadi.Nah,kau ambik buku aku ni.Tengok-tengok dulu.Nanti kita bincang k?”Jawab Izzah.

“Eh,tu bukan ke abang Hisyam?.Tak silap aku,masa kita form 1 dia form 5 kan,biro ibadah dulu..garang yang amat..” Intan mula mengatur kata sambil melabuhkan punggungnya di kerusi untuk menjamah sajian supper bersama Izzah dan rakan-rakannya yang lain.
“Aha,betul.Aku ingat lagi.Kita terlambat subuh,dia yang denda kita jalan itik kan..e..malunya masa tu.”sampuk Asyikin.

 Yang lainnya hanya tergelak mengingatkan kembali detik itu.

“Eh Faezrul pun ada.Oh,mesti diaorang tengah cuti semester ni.Saja lah tu datang melawat asrama ni.Abang Hisyam tu IPG kat Terengganu kan.Kalau tak silap aku Faezrul tu UM,tp baru asasi dekat Kelantan.Yala diakan tua dua tahun dari kita.”panjang lebar Shila membuka bicaranya.

“Amboi,kau ni tau semua.Macam wartawan dah.”sampuk Liana pula.
“Eh Izzah cepatlah.diaorang lah yang nak jumpa kau tu!”Sergah Hafizi dari belakang.
“Ya Allah terkejut aku tau tak?tumbuk muka kau baru tahu.!”Balas Intan dengan nada yang agak tinggi.Intan siapa tak kenal,memang garang mengalahkan singa.Memang sesuailah dilantik sebagai  biro disiplin.

“Tak pa,pergilah Izzah.Mungkin ada benda penting diaorang nak tanya tu.Kau tu kan Ketua Puteri,Hafizi tu pulak Ketua untuk asrama putera.Mesti diorang nak interview korang ni..haha..jaga-jaga..”usik Farah pula.

“Ya Allah,betulkah apa yang aku dengar tadi?Dia sukakan aku sejak aku tingkatan 3 lagi?Dan dia nak ‘cop’ aku?This is nonsense..!unbelieveable..!Malunya aku di depan Hafizi dan Abang Hisyam tadi,dah lah aku seorang ja perempuan tadi.”rungut Izzah tatkala mengingatkan peristiwa pada malam itu.

Rupanya Faezrul hanya ingin meluahkan isi hatinya pada Izzah.Namun dia tidak memaksa.Dia tidak mahu memulakan sesuatu yang baik dengan sesuatu yang buruk.Perbincangan mereka terhenti tiada kata putus.Izzah amat terkejut,tanpa memberi apa-apa harapan kepada Faezrul.

“Tak pa,Faezrul,abang rasa dia masih terkejut tu.Yalah,dia masih muda.SPM tahun ni..kau pulak beritahu perasaan kau dekat dia.Mungkin dia perlukan masa.Sangat perlukan masa.Takpa..berdoalah Faezrul.Tak salah kau nak meluahkan.Tapi lepas ni tak payah ganggu dia lagi.Tunggulah sehingga dia at least lepas matrik atau semasa dia ambik degree nanti kau contact dia semula.”Abang Hisyam mula memujuk Faezrul yang tampak seperti sedikit kecewa dengan tindakan Izzah yang pergi begitu sahaja.
……………………

Oh.begitu kisahnya.Kekasih lama datang semula..Ishh..mana ada kekasih-kekasih ni.No couple except nikah ok..
“Oit..cik Izzah..berfacebook lagi..Assignment ni kena submit minggu depan ok..”Sapa Aisyah telah menghilangkan lamunan Izzah.Mesej dari Faezrul diabaikan dan meneruskan kerjanya yang belum dibereskan itu.
“Alhamdulilah,it’s done.!Harap Prof. puas hatilah dengan assignment kita tu kan..First assignment untuk degree ni.Nervous,cuak semua ada.Tak macam asasi dulu .Lecturer dah lama kenal.sangat pemurah dengan markah kan.Tapi harap-haraplah acceptable .Amin.”Aisyah mengatur kata seusai menyerahkan task mereka untuk subjek fiqh muamalat kepada Profesor Dr. Ghazali.

“Aisyah aku sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu kau.Kau ingat tak Faezrul yang aku ceritakan dulu? Dia mesej aku dekat facebook.Dah lama aku tak berhubung dengan dia.Memang sama universiti,tapi tak pernah jumpa.Yalah kita baru masuk tahun 1 tapi dia dah tahun 3  kat sini.”balas Izzah.
“Oh yaka.So kau reply tak?”tanya Aisyah.
“Kau temankan aku ye?”

Intan mengangguk sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
Izzah amat takut dengan mainan syaitan.Dia taknak berhubung seorang diri dengan lelaki jika melibatkan soal hati ini.Jadinya diajak Aisyah sebagai peneman ketika dia mula membalas mesej Faezrul itu.

“Eh.dia online.Cepat2.”semangat Aisyah bila melihat Faezrul juga online waktu itu.
Selepas 3 hari…
“Kau dah cakap terima ke Izzah?”tanya Aisyah.
Izzah sekadar mengangguk.

Izzah harap ini bukanlah keputusan yang salah.Dia juga amat meminati dan mengagumi lelaki itu sejak di bangku sekolah lagi.Namun dilupakn niatnya itu kerana dia pikir tidak mungkin dia pantas  untuk lelaki sebaik itu.
Izzah takkan mengetepikan keluarganya.Dia tak mahu selalu berhubung dengan Faezrul.Lantas dia meminta kakaknya menjadi perantara mereka.Jika ada apa-apa hanya melalui kakaknya.Ingin menjaga hati katanya.

Saya bagi tempoh pada awak tiga tahun dan lepas tu saya akan masuk meminang awak.Kalau boleh saya tak mahu awak bekerja kecuali jika sebagai asatizah saya terima.Jangan berfikiran seperti fikrah orang kampung yang nak habis belajar , bekerja dan baru mahu berkahwin.

Fikirlah seperti fikrah Islam.kawin muda itu sangat dianjurkan.
Saya nak awak menjadi tanggungjawab bagi saya dan saya nak mengeluarkan awak dari bebanan tanggungan keluarga awak.
What der??Lagi tiga tahun?aku baru 23 tahun masa tu kot?Tak boleh bekerja kecuali jika sebagai ustazah?Dah tak betul ke mamat sorang ni??Apa hak dia nak tentukan hidup aku?Aku bukan siapa-siapa untuk dia buat masa ini.

Ya Allah..kenapa dia terlalu mendesak,memaksa???Dan kenapa dia tak beritahu kak saja.kenapa dia terus mesej aku??.Katanya maknya tak bagi kawin awal..tapi cara dia ni memang macam dah tak sabar..!desperate!!

“Sabar Izzah..”Aisyah cuba menenangkan Izzah
“I think I cannot go on with this relationship.seriously Aisyah.”Balas Izzah
Sabarlah duhai hati..baiklah..aku akan cuba berpegang dengan istikharah ku ini..Aku tunggu apa lagi desakan dia selepas ini.If too much..I know What should I do soon.
4 bulan kemudian.

Saya dan cuba mendampingi alim ulamak,puasa sunat , qiamullail dan sebagainya tapi hati saya masih teringatkan awak,,demi Allah yg menciptakan diri ini saya amat takut kalau saya melakukan maksiat.
Bergetar tangan Izzah tatkala membaca mesej Faezrul dari facebooknya..Matanya berkaca..Apakah maksudnya ini Ya Allah???Akukah yang menyebabkan dia menjerumuskan ke arah maksiat?..jika akulah penyebabnya kau jauhkanlah dia dari diriku lagi..Jangan pernah kauhadirkan dia dalam diriku lagi..

“Saya akan setia pada awak jika awak tak mesej terakhir di Facebook tu.Dan ada beberapa mesej sebelum itu.Tapi pada waktu itu saya masih berpegang pada istikharah saya.Tapi mesej terakhir awak itu memang saya tak boleh terima.Seolah-olah saya yang menyebabkan awak terjerumus ke arah maksiat.Jadi jangan ganggu saya lagi.”bergetar tangan Izzah ketika membalas mesej terakhir itu.

“Kasihan Izzah.InsyaAllah aku pasti Allah akan hadirkan seseorang yang lebih baik dari dia.”bermonolog Aisyah sendirian melihat kejadian yang menimpa sahabatnya itu.
Izzah tekad untuk tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan Faezrul lagi..Dia kecewa dengan sikap Faezrul pada mesej terakhirnya itu.Izzah telah memaklumkan hal itu kepada keluarganya dan juga kepada Faezrul.

“Tolonglah Izzah.Saya bukan malaikat yang Imannya sentiasa meningkat.Saya tak tahu saya mampu atau tidak nak lalui semua ini.Maaf jikalau tindakan saya ini seolah-olah seperti mendesak awak.Maafkan saya.Berikanlah saya peluang kedua.

Awak tolong beritahu saya apa yang perlu buat dan apa yang tak patut saya buat.Saya serius dalam membina baitul muslim ini , awak,Tolonglah..”..Izzah tidak mampu membalas mesej Faezrul itu.Rasa kecewa dan kesal cukup menebal dalam dirinya ketika itu.
Faezrul meminta peluang kedua.Dia telah mengakui kesalahannya itu.

Namun pada mulanya Faezrul beranggapan bahawa Izzah hanya ingin mempermainkan perasaanya sahaja.Namun Izzah menyangkal sama sekali.Dia tiada niat langsung untuk menyakiti hati Faezrul.Mungkin ini salah Izzah juga.Hanya melakukan istikharah 3 kali sudah memberi jawapan.Sepatutnya ia haruslah berterusan.

Peluang kedua tidak diendahkannya, semua itu tak mungkin terjadi.Izzah tetap dengan keputusannya.Izzah sangat kecewa dengan sikap Faezrul.Baru dia tahu siapa lelaki itu sebenarnya…Lelaki kuat iman tahap apa pun akan jatuh dengan wanita.Memang Izzah kecewa dan kesal dengan sikap Faezrul ,namun Izzah tak pernah salahkan Faezrul.Mungkin tiada jodoh antara mereka.Dan ini petunjuk dari Ilahi bahawa dia perlu matang dalam membuat sesuatu keputusan..Izzah akan belajar dari kesilapan ini.

Bagi Faezrul.Dia inginkan peluang kedua.Jika tidak sia-sia saja dia menunggu Izzah bertahun-tahun selama ini.Dia akan buktikan dia sudah berubah.Dia takkan melakukan kesilapan yang sama lagi..Namun bisa itu terjadi semula?
4 tahun kemudian…………….
Alhamdulillah, Izzah sudah mendapat kerja di ibu kota.Memang impian dia untuk menceburi bidang ‘islamic banking’.Rezekinya juga telah tertulis untuk berkhidmat di Bank Mualamat.Baru sahaja beberapa bulan dia  bekerja di situ.

2 tahun kemudian..

Jodoh?Tatkala umurnya menjengah 26 tahun Izzah mula memikirkan soal itu.Siapa yang tidak mahu membina baitul muslim.Namun diketepikan niatnya itu buat masa 2 tahun sebelumnya.Iaitu selepas dia bekerja.Baginya sekarang kebahagiaan keluarganya.Tambahan dia ingin meringankan beban ayahnya menanggung perbelanjaan dua orang adiknya yang masih bersekolah.


InsyaAllah,jodoh itukan sudah tertulis sejak di luh Mahfuz lagi.Kalau sudah tertulis ada jodoh di dunia ini adalah..Kalau tidak,ada di syurga nanti.Selepas tiada apa-apa ikatan lagi dengan Faezrul,ada seorang lagi yang mula ingin ‘cop’ Izzah.Namun ditolaknya juga.Ibunya di kampong mulai risau.Bilalah anak daranya ini hendak menamatkan zaman bujangnya.
Izzah masih mengikuti usrah bersama teman-temannya seperti di kampus dulu.Baginya usrah inilah nadi tarbiyah untuk dirinya.Menjadi penguat di kala susah senang.

“Izzah kamu dah isi borang baitul muslim tu?InsyaAllah nanti akak bawakkan kepada pihak yang kendalikan ye”tanya Dr.Hafidzah selaku naqibah usrah mereka.
Oh,patutlah sepanjang dua tahun yang lalu , Izzah fokus pada kerjaya dan keluarganya sahaja dan   tidak pula mahu berfikir soal kahwin.Hal ini adalah kerana targetnya ialah pada umur 26 baru mahu membina baitul muslim.Semoga Allah mempermudahkan urusannya itu,Amin.

Biarlah jodoh Izzah tertulis melalui borang baitul muslim itu.Jika itu aturanNya aku lebih rela kerna ku ingin hubungan ku nanti lebih diredaiNya.Hanya padaMU ku berserah Ya Rabb.
Sistem Baitul Muslim ini memang  sudah lama diwujudkan dalam usrah mereka.Alhamdulillah lebih terjaga dan perantara orangnya pula sangat dipercayai.

“Akhi, ana rasa ini sesuai, sebab ada seorang akhowat ini mahukan calon suaminya orang Perak juga.Kamu kan orang Perak juga.Ok tak?Cuba lihat dulu?”Tanya ustaz Amri kepada Faezrul.Dibukanya borangnya itu dengan penuh pengharapan.Mungkinkah dia??Faezrul bermonolog sendirian.
“Ya Allah..Izzah??Adakah Kau telah memakbulkan doaku ini Ya Allah?”.Kata Faezrul dalam hatinya.Sesungguhnya indahnya aturanMu.

Izzah juga telah menerima borang dari pihak ikhwah.Berdebar rasanya..siapalah bakal imamku ini??
Sepeti biasa,ruang pekerjaan dahulu yang dilihatnya.Wah pegawai  Syariah JAKIM bahagian pensijilan halal makanan dan minuman.Siapa ni?penasarannya aku…
“Fa..Fa..Faez..rul???Betulkah dia??Berulang kali dia membaca sambil menampar pipinya.Aku bermimpikah ni??Aduh..sakitnya..Memang sah aku tak bermimpi.Dia memang betul Faezrul.Gambar berukuran passport yang dilekatkan di bahagian kanan atas borang itu jelas menunjukkan itu memang faezrul.

Faezrul belum berkahwin?Dia juga mengisi borang ini?dan memilih aku?Ya Allah..”Izzah hilang kata-kata..sebak di dadanya tidak lagi dapat dibendung.
Terharu..
Izzah sempat membaca biodatanya.Faezrul tidak kisah bakal isterinya seorang bekerjaya tetapi keluarga haruslah diutamakan..

Alhamdulillah..selepas lafas pernikahan yang mulia…………………
“Abang minta maaf atas sikap abang dulu.Mungkin waktu itu abang tidak berfikir panjang.Hanya mengikut emosi semata-mata.Tapi cinta abang pada sayang tak pernah pudar.Abang sanggup tunggu walaupun abang tahu waktu tu memang peluang kedua sudah tiada.Tapi siapa kita untuk mengatur semua tu kan..Akhirnya berjodohan juga kita,sayang.”Faezrul mula berbicara.

“Abang,sayang pun nak mintak maaf juga.Memang sayang pun terlalu mengikut emosi.Sebenarnya selepas itu sayang sering teringatkan abang,tapi sayang lawan juga perasaan tu.Hinggalah akhirnya sayang hanya berserah kepada Allah.Tanpa berfikir panjang sayang terus mengisi borang baitul muslim tu.Tak sangka abang pun join usrah jugak.”balas Izzah sambil tersenyum.
Alhamdulillah..

percarianku kini telah berakhir
detik bahgia kini telah pun hadir
sungguh aku percaya
ketentuan yang Esa
jodoh berdua
begitulah takdir

Semoga kebahagiaan terus mengiringi mereka hingga ke syurga.

cerpen by ukhti_miza

(xdak idea..nk karang panjang2..yg penting cerita ni xdak kaitan dngn sapa2 pun..hanya rekaan semta-mata..haha )


sekeping hati yang kosong..

Ku merenung sejenak di kolam jiwa
Bagaikan tiada rasa..
Bagaikan hilang punca..
Apa yang aku inginkn sebenarnya..
Apa yang aku ingin tafsirkan sebenarnya..

Kulalui liku hidup ini penuh selesa
Kupijak di bumi ini penuh bangga
Kufikir dunia ini aku yang punya..

Aku punya harta..
Aku punya takhta
Aku punya segala
Semuanya mengaburi mata
Semuanya menutup pintu jiwa

Aku akhirnya lupa..
Aku akhirnya alpa
Aku lupa pada Pencipta
Sejadah itu tidak pernah aku alaskan
Kitab suci itu tiada langsung aku hiraukan
Butiran tasbih itu entah ada entah tiada
Begitu angkuh aku..
Hatiku kini kosong
Apa sebenarnya yang aku cari??

Allah itu maha berkuasa
Allah itu tidak pernah lena
Akhirnya aku
Tersungkur di medan mehnah
Hingga tidak mampu lagi untuk berkata

Baruku sedari
Aku hanya insan hina
Aku bongkak
Aku angkuh
Lupa pada zat yang Maha Agung
Apa yang aku ada semua milikNya

Kini aku hilang segala
Aku ingin sekali mencari hatiku yang hilang itu
Aku ingin sekali mengisi hatiku yang kosong itu
Ku kini temui jawapannya
Kurebahkan diriku pada hamparan nan suci
Kuabdikan diri pada Kau pencipta diri

Ya Allah ya Rabbi
HambaMu yang kerdil ini
Bersujud padaMu
Hanya magfirah dariMu yang ku pinta

Terima kasih ya Al-Ghafur
Kau masih menyayangiku
Kau tak pernah tinggalkan ku walau sedetik..


by ukhti_miza
13/3/2016
2:18am
(setelah dua tahun menyepi)






Wednesday 26 February 2014

sahabat selamanya






di awal detik permulaan
kita tidak saling bersamaan, 

di awal detik perkenalan
kita tidak saling menyatukan,

di awal detik pertemuan
kita tidak saling mengenalkan,


namun ,

hari silih berganti..siang berganti malam.
bulan berganti bulan..
putaran waktu terus menghilang..
putaran waktu terus beredar..

maka,

mulalah terselit rasa mahabah
mulalah terpalit  rasanya kasih
mulalah terpancar sinaran ukhwah
mulalah mengenal arti apa itu persahabatan

dalam mengharungi liku2 ini..

terkadang terselit rasa pedih
terkadang terselit rasa marah
terkadang terselit rasa gelisah

namun ,

kami tidak mudah melatah
hanya dengan sekecil mehnah..
direntas penuh cekal dan tabah
diharung tanpa lemah dan rebah
ditempis tanpa resah dan gundah
kerna di situ telah lahir ikatan ukhwah
yang kian bercambah..

kini,
ku mulai sedari
kita akan berpisah..

perpisahan ini  datang tanpa diduga..
perpisahan ini  datang menerpa..


namunku sedar,

di akhir detik ini kita telah saling menguatkan
di akhir detik ini kita telah saling mengasihkan
di akhir detik ini kita telah saling mengingatkan

bahawa,

perpisahan ini bukanlah selamanya
perpisahan ini cuma seketika..cuma sementara
selagi ukhwah ini kuat tersemat di jiwa
selagi itulah kita bersama..

selamanya kita tetap bersama
hingga ke syurga..
terima kasih duhai sahabat..

doa dipanjat pada yang Kuasa
agar ukhwah ini kekal selamanya
agar ukhwah ini tiada pengakhirannya

amin ya rabbal alamin..

nukilan ikhlas dari insan kerdil
_ukhti miza_
buat semua sahabat majmuah 5..
sayang korang lillahitaala..
(maaf segala salah silap..)

Saturday 22 February 2014

BERUSAHA UNTUK MENJADI SOLEHAH..








Engkau wanita syurga bidadari dunia 
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta 
Engkau wanita syurga 
bak permata berharga 
berbinar indah dalam kesucian jiwa 

………………………………………………………..
Awatif..Akulah tu.Nama yang diberikan itu sesungguhnya indah bagi diriku.
Aku ingin menjadi seperti Khadijah..seprti Rabiatul Adawiyah..Nama-nama itu sangat hebat dalam sejarah srikandi Islam.

Ikhtilat?Apa itu ikhtilat?Perlukah ikhtilat?..
Hemm.Ikhtilat sesama ajnabi sangat penting.Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sanagt perlu dititikberatkan.

Dalam usiaku baru 19 tahun, baru memasuki dunia kampus di salah satu Pusat pengajian di kota metropolitan itu , aku sememamangnya ingin mencintai dan dicintai.Aku amat menjaga ikhtilat sesama ajnabi..Namun syaitan ada di mana2..ishh..nyah kau dari hidup aku..!ganggu aja..pergi kau wahai syaitan..!!jgn sesekali kau robek hatiku..!!
 
Namun , hidup tak selalunya indah.Aku  lemah dengan panahan mesra si Adam yang asyik mengganggu aku.Namun alhamdulillah..aku ada pembimbing paling mustajab..Finalah..!! Dialah teman..dialah segalanya..dia ada di saat aku susah senang..dia penguat aku!!Alhamdulillah..sebenarnya Allah yang tolong aku..cuma Finalah sebagai perantaraNya..subhanaAllah..sungguh cantik aturanMu....!

 “Fina,tolong aku,kau tahu bukan aku tidak suka bercinta sebelum kahwin? Kau juga tahu prinsip aku.”kata aku kepada sahabat karibku itu.Hanya dia seorang yang tahu masalah aku itu.
“ Watif , kalau dia nak ‘cop’ kau apa salahnya.Yang penting masing-masing menjaga ikhtilat.Tapi bagi aku, kau utamakan dulu pelajaran kau..nanti berkhayal tak tentu pasal..kau sendiri yang rugi kan?..sejauh manapun kita ingin menjaga suatu perhubungan itu..selagi tu syaitan makin mengganggu..tah2..syaitan yg first class yg akan mengganggu kau..huhu..tapi macam aku cakaplah..tidak salah kalu dia nk takdim kau..Tp ingt pesan aku...mujahadah binafsi.kena kuat..lelaki ini manis bila berbicara...tu paling kena ingat tau..!!” Jawab Fina.

Aku buntu mencari jawapan mengenai lamaran Azmir terhadap diriku.Sememangnya memuliakan wali itu paling aku inginkan..ahh..buntunya..
Astagfirullah..Awatif..kenapa benda kecik pun kau nak tension2..relaks..yang penting kau tegas dengan prinsip dan pendirian kau...Umur 19 tahun?Perlukah kau fikirkan semua tu?..getus Awatif dalam dirinya..

Hem biarlah..relaks..bagi aku masih awal..keutamaan aku belajar dan keluarga..
Jodoh itu akan hadir jika kita sudah bersedia..
Dan sekarang aku belum bersedia...


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UNTUK MENGGAPAI WANITA SYURGA ITU SULIT SEKALI.WALAU DI AWAL MENJAGA TETAPI TERKADANG TUNDUK JUGA PADA HASUTAN NAFSU DAN SYAITAN..MUJAHADAH NAFSI PERLU KUAT..KEAZAMAN PERLUKAN TINDAKAN MENGHASILKAN KEJAYAAN.

IKHTILAT
 
Bermaksud pergaulan.Pergaulan membawa maksud percampuran sesama manusia sama ada lelaki atau wanita.
Susahkah ingin menjaga iKhtilat?Sememangnya ia memerlukan mujahadah  yang sangat kuat.
Bisa sahaja jikalau berurusan dengan lelaki..namun jagalah batas2 pergaulan..mungkin susah..tapi bermujahadahlah....



Tiada ada masalah kalau seorang wanita itu telah ‘dicop’ oleh mana-mana lelaki.Namun ingat..Syaitan itu ada di mana-mana.Dia akan sentiasa mengaburi mata kita.Jagalah perhubungan yang dibina mengikut syarak.Couple Islamik tidak pernah wujud dalam Islam.Matlamat takkan menghalalkan cara.Couple islamik hanyalah selepas melafazkan sakinah yang mulia iaitu ijab dan kabul.

Saya ingin berkongsi secara ringkas satu kisah benar.Seorang perempuan ini telah ‘dicop’ oleh seorang lelaki , dan tempoh perkenalan mereka selama 7 tahun.Dalam tempoh itu si lelaki meminta untuk berhubung dengan perempuan itu 4 bulan sekali.Tetapi perempuan itu tidak bersetuju dan menjawab.Kalau kamu tidak mendengar berita saya meninggal dunia , maknanya saya masih sihat..SubhanaAllah.Lihatlah betapa si perempuan ini amat menjaga perhubungan ini.Dalam tempoh 7 tahun hanya 3 kali mereka berhubung.Itulah natijahnya jika Allah sebagai penyantar utama dalam perhubungan itu..

Dan paling terkesan apabila si perempuan ini berkata..Kalau sekarang kita sering menghubungi sesama kita,Apakah nasib bakal generasi akan datang.??Kalau sekarang kita sering bermesej , bergayut siang malam.Anak-anak kita juga akan melakukan hal yang sama,Bahkn lebih teruk lagi dari itu.
......................................................................................................................................................

Wanita solehah itu bukanlah terletak pada pakaiannya
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada  status ustazahnya
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada kelembutannya
Namun..pada dia ada segalanya...
penyejuk mata hati ayah dan bonda..
Berusaha untuk menjadi solehah..

wanita solehah itu tatkala tidak memandang dan dipandang...
perbaiki diri..perbaiki peribadi..Insyaallah Allah akan kurniakan Imam yang mampu membimbing kita menggapai wanita syurga bidadari dunia..
 ........................................................................................................................................................

Mudah utk jatuh cnta,
tidak salah,
kerana itu merupakan fitrah,

namun cara untuk mengendalikn rasa cinta itu yg susah.
ada yg mampu,
ada juga yg tersungkur..

tidak salah jikalau ada yg 'cop' atau 'takdim' seseorg wanita itu,
namun jagalah batas ikhtilat..

ingtlah,
jika hri ni kita mesej dgn ajnabi tnpa tjuan kpntingan,
jika hri ini kita berdating tnpa rasa malu dan segan,
jika hri ini kita berpegangn tgn tnpa takut pd tuhan,
jika hari ini kita bergayut siang malam tanpa rasa kegusaran,

Bagaimana nasib generasi di hari depan?
Bagaimana nasib Islam di hari depan?
Mungkin kita bisa bersuka ria..bergelak ketawa..bersenda gurau di saat ini
Namun jgn kita tangisi , jgn kita sesali , jgn kita ratapi ,
Jika generasi muka yg lahir menjadi hamba kepada duniawi,
Menjadi hamba kepada musuh yang hakiki,
nauzubillahminzalik.

ayuh,sama2lah perbaiki diri,Insyaallah,
Allah xkn memandg enteng stiap usaha hmbanya.

YA ALLAH KUATKAN KAMI UNTUK MELAWAN NAFSU DUNIAWI..
YA ALLAH TABAHKAN KAMI MENEPUH JALAN ONAK PENUH DURI..
SESUNGGUHNYA KAMI LEMAH TANPAMU DI SISI..
BANTULAH KAMI..
BIMBINGLAH KAMI ..
PIMPINLAH KAMI..
AGAR BISA MELALUI JALAN INI..
JALAN YANG DIBERKATI,
JALAN REDAMU YA ILAHI..

AMIN YA RABBAL ALAMIN..


‘ORANG YANG TAK BERCOUPLE SEBENARNYA BUKANLAH TAK LAKU,TETAPI CINTANYA HANYA UNTUK LIMITED EDITION UNTUK YANG HALAL SAHAJA’- UAI



Sunday 3 November 2013



بسم لله الرحمن الرحيم

SANTAI DHUHA...

Lepas tazkirah subuh tadi....

"siapa nk join joging pagi ni?jom kita jalan2 kt kampung sekitar nilam puri"


namun tiada sahutan pada mulanya..ala..jomlah..kalu ramai boleh kita kluar..tapi kalau sikit kita joging dekat padang jelah...


Hem,,biasanya lepas je tazkirah subuh..masing-masing akan kembali ke bilik masing-masing..ada yang kembali beradu..hemm..aku pulak..aduh..macam malas jer..macam malas jer..


Aqilah semangat jer nak kluar joging dekat kg sekitar nilam puri ni..

kami yang lain..ada yang ckp..saye ok je..malas lah..em..tengoklah dulu...



aneka jawapan diberi..sekali pandang Qilah mcm kecewa ke??hehe..
Oklah Qilah..puas memikr ni..
Akhirnya kiteorg pun stuju...

Alhamdulillah...lebih kurang 18 orang jugak lah join..

semangat je diaorg..

Sebelum gerak warm up dulu lah ye..lagu gelombang keadilan dan demi matahari..siap buat gaya lagi korang..termasuklah saye la tu..hehehe..





Subhanallah indahnya ciptaanNya..menikmati keindahan pagi..udaranya cukup nyaman..kicauan burung..
Hem..buah langsat pun ada..sepanjang perjalann..tapi takkan nk ambik plak..tuan dia pun kita tak tahu kan..
adik2 semangat jer berlari..kitaorg berjalan jer...sambil bertadabbur alam..cehhwahhh...





sambil berjalan..tetiba sampai di satu persimpangan..hemm..cena ni???kiri ke jalan terus je?sebenarnya kitaorg tak tahu jalan sangt..tambahan jalan2 dekat kg di nilam puri ni..kata sepakat jalan terus jelah..jap2...sebenarnya kita nak pergi mana ni?
kandang kuda..kandang kuda..!
la..yaka?/hurm..oklah..kita jalan jelah..sebenarnya kami tak berapa ingat sangat jalan ke situ..dulu masa larian merdeka ikut jalan situ..tapi mana ingat dah..ok!kita ikut je jalan ni k..


subhannallah..hijauan tumbuhan di kiri dan kanan menenangkan mata yang memandang..
sebenarnya kebnyak kampung2 dekat kelantan ni  ada tali air.
perjalanan masih diteruskan...menelusuri mini tar..tepian anak sungai..hemm..rindu pulak kat kampung nun jauh di utara..
mana kandang kuda ni?tak jumpa pun..xpa..sabar..jap lagi pasti ketemu..hehehe

eh..eh..ada titi lah..jom2 kita begambar dulu..hemm..macam cantik je..macam cantik je..

ok..1..2..3..peace..hao ji  le..!




teruskan perjalanan..
akhirnya..!












jom 'BULATAN GEMBIRA'dulu..!








Ibrah dari santai dhuha ni..

Ingat tak sebelum kita sampai di kandang kuda ni..kita keliru antara dua..nak belok ke kiri ke kanan ke terus je..dan waktu tu kita tak tahu matlamat kita sebenarnya nak pergi mana kn..akhirnya..kata sepakat jalan terus dan nk pergi kandang kuda rupanya..alhamdulillah..kita tak sesat..


begitulah kita dalam mengharungi kehidupan ini..kita ada dua pilihan sama ada untuk ke syurga atau neraka..

kita sendiri yang membuat pilihan..Allah memang menetpkan rezeki masing-masing namun..pilihan itu kita yang tetntukan..jadi kita perlulah ada matlamat yang jelas..betul2..setuju sangt..ok2..sambung lagi..

kadang2 di suatu persimpangan kita buntu dalam membuat keputusan..jadi..mengadulah padNya..beristikharah lah..kerana Allah shj yng memegang hati2 kita..di akhirnya haruslah kita yakin seyakinnya..kerana Allah dh ck

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Surah Al-imran : ayat 159)

Allah juga berfirman dalam surah Al-Hajj:78 :

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama..

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam melakukan ketaatan kepadaNya..amin..

Alhamdulillah...setelah sejam lebih perjalanan..kini kembalilah ke medan ilmu tercinta



thanks to all of u..maaf deh klu ada terkasar bahasa sepanjang 'SANTAI DHUHA

'BARAKALLAHUFIKUNNA.. =)  jom pekena roti canai dulu..!






....................................................................................................................................

Pengalaman indah yang tak bisa diungkapkan..
hem..biarpun hanya seketika namun mutiara ukhwah makin terjalin erat antara kami..macam suka jer..macam suka jer..of course la kan..

bukan senang nk dapat kluar ramai2 mcm ni..even x semua lah dapat join..best sangat...!
lepas ni boleh buat lagi deh..bereh..

...........................................................................................................................

BERSAMA MENYEMAI UKHWAH ISLAMIAH..
BERSAMA MENCAPAI REDA DARINYA..
INSYAALLAH..ZAI JIAN..
ASSALAMUALAIKUM
_coretan ringkas drpd ukhti miza_

Friday 23 August 2013

taman halaman

kini..
kami makin terpisah..
kini kami kian melangkah kini..
permata hati kami kian sepi..
merindui senda tawa si penawar hati mereka


melangkah menuju ke alam baru
bertaburan anak di serata negeri
demi menbina keluarga syurgawi

makin jarang menjenguk taman halaman..
tempat tika mereka kecil dahulu..
tempat bermain..menangis bersama..
 

 komitmen pada keluarga baru juga diaulakan..
terasa sedih..sayu...
bilakah masa akan bersatu..
ku tahu..


d hari lebaran pasti ketemu..
pada hari itu ayah bonda tersenyum riang..
penawar hati mereka telah ke taman halaman
ingatlah walau di mana bumi dipijak
taman halaman jgn dilupakan..