Bukanlah
aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang dirikan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang dirikan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
‘‘Eh, ada noti
mesej kat facebook?siapa pulak yang mesej malam-malam ni.Orang busy nak siapkan
assignment lagi nih..’’.Rungut Izzah.
‘’Faezrul??Astagfirullahalazim..’’.Terkejut
Izzah bukan kepalang tatkala nama itu rupanya
yang telah mesejnya..Denyutan jantungnya makin kencang seperti ribut
yang mahu meranapkan pepohon kayu yang kian tumbang.Waduh dahsyatnya kau
Izzah..Siapa mamat tu Izzah??jeng jeng jeng..
3 tahun
sebelum itu……
Kehidupan
di asrama bagaikan asing buat Izzah.Walau diawal dulu dia rasakan mahu saja keluar
dari ‘penjara itu’,stress katanya.Mandi berebut-rebut,bangun awal,tidur
ramai-ramai dan sebagainya.Namun di situlah terpalit rasa kasih dan saling
melengkapi bersama teman-temannya.Daripada tingkatan 1 hinggalah sekarang tingkatan
5 asrama itu sudah menjadi syurga kedua buat Izzah.
Seusai
Izzah dan rakan-rakannya menghadiri kelas persediaan , alah senang cakap ‘kelas
prep’lah, sudah menjadi rutin harian , kebiasaan semua perlu berkumpul di surau
terlebih dahulu untuk solat Isyak berjemaah dan bacaan Al-Mulk.
‘’Izzah,macam
biasa erk jap lagi story2 kat aku tau..Tak paham bab 3 tu!’’sapa Farah roommate
juga best friendnya.
Izzah
memang amat dikenali rakan-rakannya sebagai tukang cerita.Cerita apa pula ni?Subjek
sejarah..La,ingat ka apa tadi.Izzah setiap tahun memperoleh markah tertinggi matapelajaran sejarah.Dia pula suka
berkongsi ilmunya itu dalam kaedah bercerita kepada kawan-kawannya.Tambahan bab
tamadun Indus,Mesir Purba dan lain-lain.Dan juga bab-bab yang memerlukan
kronologi peristiwa panjang yang perlu diingatkan..Izzah memang the best
lah..Izzah selalu menggunakan kaedah akronim untuk mengingat kata kunci.Jadi
itu yang ingin dikongsi bersama rakan-rakannya.
“InsyaAllah,ok”.jawab
Izzah tersenyum sambil memula langkahnya
untuk supper.
Tiba-tiba,
“Assalamualaikum,Izzah,
ada orang nak jumpa dekat dewan makan sekejap lagi.Katanya ada hal
penting.”Sapa Hafizi.
“Waalaikumusalam,eh
Fizi!la,siapa nak jumpa pulak?Farah,sorry tak boleh lah malam ni.Tapi akronim
untuk bab tu aku dah siapkan tadi.Nah,kau ambik buku aku ni.Tengok-tengok
dulu.Nanti kita bincang k?”Jawab Izzah.
“Eh,tu
bukan ke abang Hisyam?.Tak silap aku,masa kita form 1 dia form 5 kan,biro
ibadah dulu..garang yang amat..” Intan mula mengatur kata sambil melabuhkan
punggungnya di kerusi untuk menjamah sajian supper bersama Izzah dan
rakan-rakannya yang lain.
“Aha,betul.Aku
ingat lagi.Kita terlambat subuh,dia yang denda kita jalan itik kan..e..malunya
masa tu.”sampuk Asyikin.
Yang lainnya hanya tergelak mengingatkan kembali detik itu.
“Eh Faezrul
pun ada.Oh,mesti diaorang tengah cuti semester ni.Saja lah tu datang melawat
asrama ni.Abang Hisyam tu IPG kat Terengganu kan.Kalau tak silap aku Faezrul tu
UM,tp baru asasi dekat Kelantan.Yala diakan tua dua tahun dari kita.”panjang
lebar Shila membuka bicaranya.
“Amboi,kau
ni tau semua.Macam wartawan dah.”sampuk Liana pula.
“Eh Izzah
cepatlah.diaorang lah yang nak jumpa kau tu!”Sergah Hafizi dari belakang.
“Ya Allah
terkejut aku tau tak?tumbuk muka kau baru tahu.!”Balas Intan dengan nada yang
agak tinggi.Intan siapa tak kenal,memang garang mengalahkan singa.Memang
sesuailah dilantik sebagai biro
disiplin.
“Tak
pa,pergilah Izzah.Mungkin ada benda penting diaorang nak tanya tu.Kau tu kan
Ketua Puteri,Hafizi tu pulak Ketua untuk asrama putera.Mesti diorang nak
interview korang ni..haha..jaga-jaga..”usik Farah pula.
“Ya
Allah,betulkah apa yang aku dengar tadi?Dia sukakan aku sejak aku tingkatan 3
lagi?Dan dia nak ‘cop’ aku?This is nonsense..!unbelieveable..!Malunya aku di
depan Hafizi dan Abang Hisyam tadi,dah lah aku seorang ja perempuan
tadi.”rungut Izzah tatkala mengingatkan peristiwa pada malam itu.
Rupanya
Faezrul hanya ingin meluahkan isi hatinya pada Izzah.Namun dia tidak
memaksa.Dia tidak mahu memulakan sesuatu yang baik dengan sesuatu yang buruk.Perbincangan
mereka terhenti tiada kata putus.Izzah amat terkejut,tanpa memberi apa-apa
harapan kepada Faezrul.
“Tak
pa,Faezrul,abang rasa dia masih terkejut tu.Yalah,dia masih muda.SPM tahun ni..kau
pulak beritahu perasaan kau dekat dia.Mungkin dia perlukan masa.Sangat perlukan
masa.Takpa..berdoalah Faezrul.Tak salah kau nak meluahkan.Tapi lepas ni tak
payah ganggu dia lagi.Tunggulah sehingga dia at least lepas matrik atau semasa
dia ambik degree nanti kau contact dia semula.”Abang Hisyam mula memujuk Faezrul
yang tampak seperti sedikit kecewa dengan tindakan Izzah yang pergi begitu
sahaja.
……………………
Oh.begitu
kisahnya.Kekasih lama datang semula..Ishh..mana ada kekasih-kekasih ni.No
couple except nikah ok..
“Oit..cik
Izzah..berfacebook lagi..Assignment ni kena submit minggu depan ok..”Sapa
Aisyah telah menghilangkan lamunan Izzah.Mesej dari Faezrul diabaikan dan
meneruskan kerjanya yang belum dibereskan itu.
“Alhamdulilah,it’s
done.!Harap Prof. puas hatilah dengan assignment kita tu kan..First assignment
untuk degree ni.Nervous,cuak semua ada.Tak macam asasi dulu .Lecturer dah lama
kenal.sangat pemurah dengan markah kan.Tapi harap-haraplah acceptable .Amin.”Aisyah
mengatur kata seusai menyerahkan task mereka untuk subjek fiqh muamalat kepada
Profesor Dr. Ghazali.
“Aisyah aku
sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu kau.Kau ingat tak Faezrul yang aku
ceritakan dulu? Dia mesej aku dekat facebook.Dah lama aku tak berhubung dengan
dia.Memang sama universiti,tapi tak pernah jumpa.Yalah kita baru masuk tahun 1
tapi dia dah tahun 3 kat sini.”balas
Izzah.
“Oh yaka.So
kau reply tak?”tanya Aisyah.
“Kau
temankan aku ye?”
Intan mengangguk sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
Izzah amat
takut dengan mainan syaitan.Dia taknak berhubung seorang diri dengan lelaki jika
melibatkan soal hati ini.Jadinya diajak Aisyah sebagai peneman ketika dia mula
membalas mesej Faezrul itu.
“Eh.dia
online.Cepat2.”semangat Aisyah bila melihat Faezrul juga online waktu itu.
Selepas 3
hari…
“Kau dah
cakap terima ke Izzah?”tanya Aisyah.
Izzah
sekadar mengangguk.
Izzah harap
ini bukanlah keputusan yang salah.Dia juga amat meminati dan mengagumi lelaki
itu sejak di bangku sekolah lagi.Namun dilupakn niatnya itu kerana dia pikir
tidak mungkin dia pantas untuk lelaki
sebaik itu.
Izzah takkan
mengetepikan keluarganya.Dia tak mahu selalu berhubung dengan Faezrul.Lantas
dia meminta kakaknya menjadi perantara mereka.Jika ada apa-apa hanya melalui
kakaknya.Ingin menjaga hati katanya.
Saya bagi
tempoh pada awak tiga tahun dan lepas tu saya akan masuk meminang awak.Kalau
boleh saya tak mahu awak bekerja kecuali jika sebagai asatizah saya
terima.Jangan berfikiran seperti fikrah orang kampung yang nak habis belajar ,
bekerja dan baru mahu berkahwin.
Fikirlah seperti fikrah Islam.kawin muda itu sangat dianjurkan.
Fikirlah seperti fikrah Islam.kawin muda itu sangat dianjurkan.
Saya nak
awak menjadi tanggungjawab bagi saya dan saya nak mengeluarkan awak dari
bebanan tanggungan keluarga awak.
What der??Lagi
tiga tahun?aku baru 23 tahun masa tu kot?Tak boleh bekerja kecuali jika sebagai
ustazah?Dah tak betul ke mamat sorang ni??Apa hak dia nak tentukan hidup
aku?Aku bukan siapa-siapa untuk dia buat masa ini.
Ya Allah..kenapa dia terlalu mendesak,memaksa???Dan kenapa dia tak beritahu kak saja.kenapa dia terus mesej aku??.Katanya maknya tak bagi kawin awal..tapi cara dia ni memang macam dah tak sabar..!desperate!!
Ya Allah..kenapa dia terlalu mendesak,memaksa???Dan kenapa dia tak beritahu kak saja.kenapa dia terus mesej aku??.Katanya maknya tak bagi kawin awal..tapi cara dia ni memang macam dah tak sabar..!desperate!!
“Sabar
Izzah..”Aisyah cuba menenangkan Izzah
“I think I
cannot go on with this relationship.seriously Aisyah.”Balas Izzah
Sabarlah
duhai hati..baiklah..aku akan cuba berpegang dengan istikharah ku ini..Aku
tunggu apa lagi desakan dia selepas ini.If too much..I know What should I do
soon.
4 bulan
kemudian.
Saya dan
cuba mendampingi alim ulamak,puasa sunat , qiamullail dan sebagainya tapi hati
saya masih teringatkan awak,,demi Allah yg menciptakan diri ini saya amat takut
kalau saya melakukan maksiat.
Bergetar
tangan Izzah tatkala membaca mesej Faezrul dari facebooknya..Matanya
berkaca..Apakah maksudnya ini Ya Allah???Akukah yang menyebabkan dia
menjerumuskan ke arah maksiat?..jika akulah penyebabnya kau jauhkanlah dia dari
diriku lagi..Jangan pernah kauhadirkan dia dalam diriku lagi..
“Saya akan
setia pada awak jika awak tak mesej terakhir di Facebook tu.Dan ada beberapa
mesej sebelum itu.Tapi pada waktu itu saya masih berpegang pada istikharah
saya.Tapi mesej terakhir awak itu memang saya tak boleh terima.Seolah-olah saya
yang menyebabkan awak terjerumus ke arah maksiat.Jadi jangan ganggu saya lagi.”bergetar
tangan Izzah ketika membalas mesej terakhir itu.
“Kasihan
Izzah.InsyaAllah aku pasti Allah akan hadirkan seseorang yang lebih baik dari
dia.”bermonolog Aisyah sendirian melihat kejadian yang menimpa sahabatnya itu.
Izzah tekad
untuk tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan Faezrul lagi..Dia kecewa dengan
sikap Faezrul pada mesej terakhirnya itu.Izzah telah memaklumkan hal itu kepada
keluarganya dan juga kepada Faezrul.
“Tolonglah
Izzah.Saya bukan malaikat yang Imannya sentiasa meningkat.Saya tak tahu saya
mampu atau tidak nak lalui semua ini.Maaf jikalau tindakan saya ini seolah-olah
seperti mendesak awak.Maafkan saya.Berikanlah saya peluang kedua.
Awak tolong beritahu saya apa yang perlu buat dan apa yang tak patut saya buat.Saya serius dalam membina baitul muslim ini , awak,Tolonglah..”..Izzah tidak mampu membalas mesej Faezrul itu.Rasa kecewa dan kesal cukup menebal dalam dirinya ketika itu.
Awak tolong beritahu saya apa yang perlu buat dan apa yang tak patut saya buat.Saya serius dalam membina baitul muslim ini , awak,Tolonglah..”..Izzah tidak mampu membalas mesej Faezrul itu.Rasa kecewa dan kesal cukup menebal dalam dirinya ketika itu.
Faezrul
meminta peluang kedua.Dia telah mengakui kesalahannya itu.
Namun pada mulanya Faezrul beranggapan bahawa Izzah hanya ingin mempermainkan perasaanya sahaja.Namun Izzah menyangkal sama sekali.Dia tiada niat langsung untuk menyakiti hati Faezrul.Mungkin ini salah Izzah juga.Hanya melakukan istikharah 3 kali sudah memberi jawapan.Sepatutnya ia haruslah berterusan.
Namun pada mulanya Faezrul beranggapan bahawa Izzah hanya ingin mempermainkan perasaanya sahaja.Namun Izzah menyangkal sama sekali.Dia tiada niat langsung untuk menyakiti hati Faezrul.Mungkin ini salah Izzah juga.Hanya melakukan istikharah 3 kali sudah memberi jawapan.Sepatutnya ia haruslah berterusan.
Peluang
kedua tidak diendahkannya, semua itu tak mungkin terjadi.Izzah tetap dengan
keputusannya.Izzah sangat kecewa dengan sikap Faezrul.Baru dia tahu siapa
lelaki itu sebenarnya…Lelaki kuat iman tahap apa pun akan jatuh dengan
wanita.Memang Izzah kecewa dan kesal dengan sikap Faezrul ,namun Izzah tak
pernah salahkan Faezrul.Mungkin tiada jodoh antara mereka.Dan ini petunjuk dari
Ilahi bahawa dia perlu matang dalam membuat sesuatu keputusan..Izzah akan
belajar dari kesilapan ini.
Bagi
Faezrul.Dia inginkan peluang kedua.Jika tidak sia-sia saja dia menunggu Izzah
bertahun-tahun selama ini.Dia akan buktikan dia sudah berubah.Dia takkan
melakukan kesilapan yang sama lagi..Namun bisa itu terjadi semula?
4 tahun
kemudian…………….
Alhamdulillah,
Izzah sudah mendapat kerja di ibu kota.Memang impian dia untuk menceburi bidang
‘islamic banking’.Rezekinya juga telah tertulis untuk berkhidmat di Bank
Mualamat.Baru sahaja beberapa bulan dia bekerja di situ.
2 tahun kemudian..
Jodoh?Tatkala umurnya menjengah 26 tahun Izzah mula memikirkan soal itu.Siapa yang tidak mahu membina baitul muslim.Namun diketepikan niatnya itu buat masa 2 tahun sebelumnya.Iaitu selepas dia bekerja.Baginya sekarang kebahagiaan keluarganya.Tambahan dia ingin meringankan beban ayahnya menanggung perbelanjaan dua orang adiknya yang masih bersekolah.
2 tahun kemudian..
Jodoh?Tatkala umurnya menjengah 26 tahun Izzah mula memikirkan soal itu.Siapa yang tidak mahu membina baitul muslim.Namun diketepikan niatnya itu buat masa 2 tahun sebelumnya.Iaitu selepas dia bekerja.Baginya sekarang kebahagiaan keluarganya.Tambahan dia ingin meringankan beban ayahnya menanggung perbelanjaan dua orang adiknya yang masih bersekolah.
InsyaAllah,jodoh
itukan sudah tertulis sejak di luh Mahfuz lagi.Kalau sudah tertulis ada jodoh
di dunia ini adalah..Kalau tidak,ada di syurga nanti.Selepas tiada apa-apa
ikatan lagi dengan Faezrul,ada seorang lagi yang mula ingin ‘cop’ Izzah.Namun
ditolaknya juga.Ibunya di kampong mulai risau.Bilalah anak daranya ini hendak
menamatkan zaman bujangnya.
Izzah masih
mengikuti usrah bersama teman-temannya seperti di kampus dulu.Baginya usrah
inilah nadi tarbiyah untuk dirinya.Menjadi penguat di kala susah senang.
“Izzah kamu
dah isi borang baitul muslim tu?InsyaAllah nanti akak bawakkan kepada pihak
yang kendalikan ye”tanya Dr.Hafidzah selaku naqibah usrah mereka.
Oh,patutlah
sepanjang dua tahun yang lalu , Izzah fokus pada kerjaya dan keluarganya sahaja
dan tidak pula mahu berfikir soal
kahwin.Hal ini adalah kerana targetnya ialah pada umur 26 baru mahu membina
baitul muslim.Semoga Allah mempermudahkan urusannya itu,Amin.
Biarlah
jodoh Izzah tertulis melalui borang baitul muslim itu.Jika itu aturanNya aku
lebih rela kerna ku ingin hubungan ku nanti lebih diredaiNya.Hanya padaMU ku
berserah Ya Rabb.
Sistem
Baitul Muslim ini memang sudah lama diwujudkan
dalam usrah mereka.Alhamdulillah lebih terjaga dan perantara orangnya pula
sangat dipercayai.
“Akhi, ana
rasa ini sesuai, sebab ada seorang akhowat ini mahukan calon suaminya orang
Perak juga.Kamu kan orang Perak juga.Ok tak?Cuba lihat dulu?”Tanya ustaz Amri
kepada Faezrul.Dibukanya borangnya itu dengan penuh pengharapan.Mungkinkah
dia??Faezrul bermonolog sendirian.
“Ya
Allah..Izzah??Adakah Kau telah memakbulkan doaku ini Ya Allah?”.Kata Faezrul
dalam hatinya.Sesungguhnya indahnya aturanMu.
Izzah juga telah menerima borang dari pihak ikhwah.Berdebar rasanya..siapalah bakal imamku ini??
Sepeti
biasa,ruang pekerjaan dahulu yang dilihatnya.Wah pegawai Syariah JAKIM bahagian pensijilan halal
makanan dan minuman.Siapa ni?penasarannya aku…
“Fa..Fa..Faez..rul???Betulkah
dia??Berulang kali dia membaca sambil menampar pipinya.Aku bermimpikah
ni??Aduh..sakitnya..Memang sah aku tak bermimpi.Dia memang betul Faezrul.Gambar
berukuran passport yang dilekatkan di bahagian kanan atas borang itu jelas
menunjukkan itu memang faezrul.
Faezrul
belum berkahwin?Dia juga mengisi borang ini?dan memilih aku?Ya Allah..”Izzah
hilang kata-kata..sebak di dadanya tidak lagi dapat dibendung.
Terharu..
Izzah sempat membaca biodatanya.Faezrul tidak kisah bakal isterinya seorang
bekerjaya tetapi keluarga haruslah diutamakan..
Alhamdulillah..selepas
lafas pernikahan yang mulia…………………
“Abang
minta maaf atas sikap abang dulu.Mungkin waktu itu abang tidak berfikir
panjang.Hanya mengikut emosi semata-mata.Tapi cinta abang pada sayang tak
pernah pudar.Abang sanggup tunggu walaupun abang tahu waktu tu memang peluang
kedua sudah tiada.Tapi siapa kita untuk mengatur semua tu kan..Akhirnya
berjodohan juga kita,sayang.”Faezrul mula berbicara.
“Abang,sayang
pun nak mintak maaf juga.Memang sayang pun terlalu mengikut emosi.Sebenarnya
selepas itu sayang sering teringatkan abang,tapi sayang lawan juga perasaan tu.Hinggalah
akhirnya sayang hanya berserah kepada Allah.Tanpa berfikir panjang sayang terus
mengisi borang baitul muslim tu.Tak sangka abang pun join usrah jugak.”balas
Izzah sambil tersenyum.
Alhamdulillah..
percarianku kini telah berakhir
detik bahgia kini telah pun hadir
sungguh aku percaya
ketentuan yang Esa
jodoh berdua
begitulah takdir
Semoga kebahagiaan
terus mengiringi mereka hingga ke syurga.
cerpen by ukhti_miza
(xdak idea..nk karang panjang2..yg penting cerita ni xdak kaitan dngn sapa2 pun..hanya rekaan semta-mata..haha )
(xdak idea..nk karang panjang2..yg penting cerita ni xdak kaitan dngn sapa2 pun..hanya rekaan semta-mata..haha )
No comments:
Post a Comment