Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
'Aduh..bnyaknya assingment yg kena
siapkan...stressnya...dah masuk sem 2 ni bertambah-tambah pulak keja'
rungut Nafisha sendirian..
Akhirnya nafisha membiarkan
tugasan-tugasannya itu di meja,lalu merenung ke luar sambil Melihat
deretan-deretan kereta yang lalu-lalang di depan kolej aL-Malik Khalid
itu.'sibuknya jalan hari ini..hemm..'kata Nafisha dlm hati.
Tiba-tiba air mata jatuh lagi...
Tanggal 2 Jun 1994 merupakan tarikh paling bahagia dalam diriku.................
'Alhamdulillah..tahniah isteri cik
selamat melahirkan anak perempuan..' kata jururawat kpd ayah..Betapa
bersyukurnya ayah ketika itu ..Aku??Aku lagilah gembira dpt melihat
dunia ni..setelah sembilan bulan berada dalam perut ibuku..tp di saat
itu aku tidak dapat membuka mata seluasnya..terasa satu cahaya
menusuk-nusuk ke mataku..hehe..biasalah..first time nk masuk ke dunia
realiti..hehe..
Ayah telah menamakan aku dengan nama yang cukup indah..Aku rasalah..Nurul Nasuha Nafisha..
Doktor memberitahu ayah bahawa ibu
mengalami pendarahan yang teruk..keadaan ibu sangat lemah ketika
itu..Aku tidak dapat menyusui ibu saat itu.
..Alhamdulillah..Allah maha
segalanya..Ibu kembali sihat dua minggu selepes itu..Cuma dalam tempuh
berpantang itu ibu hanya bisa makan nasi dan ikan kering
sahaja..sekali-sekala nenek memanggil mak bidan untuk mengurut ibu..
.Namun takdir Allah datang menguji
keluargaku sekali lagi..Kali ini ibu jatuh sakit lagi..Aku pun tak dapat
nak pastikan apakah penyakit ibu..kasihan ibu..tak mampu utk melakukan
tugasannya sebagai isteri dan ibu kepada kami dengan sempurna.Seluruh
badan ibu sakit..Segala urusan kami adik beradik diuruskan oleh
ayah..Pada saat itu,dua orang abang dan tiga orang kakak aku masih lagi
bersekolah..kasihan ayah..
'Aku tak mampu mengurus keluarga aku
sorang-sorang.Tambahan Nafisha tu masih kecil' kata ayah kepada Pak
su.'Kalau macam itu,biarlah aku yang jaga Nafisha..izinkan aku untuk
mengambil dia..lagipun nafisha tu bukan anak orang lain..anak saudara
aku kan..' balas pak su.
'Baiklah kalau begitu..aku titipkan Nafisha pada kau..Kau jagalah dia seperti anak kau sendiri..'
,
'ya angah..aku tahu lah..'balas pak su
aduh..aku tak sangka ayah akan serahkan
aku kepada paksu..tapi waktu itu aku hanyalah anak kecil yang tidak
dapat berbuat apa-apa..aku hanya turuti apa saja kata ayahku..lagi
pula..akukan enggak bisa ngomong kan..hehe..tiba-tiba indon lak..
8 bulan kemudian..
'abang.Milah tak tahan lah..tengok
Nafisha ni asyik nangis terus..'kata maksu.'awak ni pun biasalah
budak-budak..tak nangis bukan budak lah cek milah oi..'
'susah betul kalau cakap dengan abang
ni..anak kita yang lain pun nangis jugak masa diorang kecil dulu..tak
lah macam Nafisha ni..geram saya..'marah maksu.
'tak baik cakap macam tu.dia tu anak abang saya tau!' balas ayah.
'tak kira,saya nak abang kembalikan budak tu kat angah..hari ni jugk!'
Nak tak nak paksu terpaksa menghantar
aku kembali ke pangkuan keluargaku..yalah..kalau tak,siapa yang akan
ambil peduli pasal aku kat rumah..paksu keluar pergi kerja..memang
sepanjang 8 bulan ni maksu lah banyk nemjaga aku..tak pa lah ..aku
reda..aku ni selalu nangis..aku pun tak ingat kenapa aku ni selalu
nangis..manalah aku tau..tak ingatlah..masa tu kn aku kecik lg..
Keadaan ibu tak berubah..Ayah cuba juga berubat cara kampung..tapi belum ada tanda2 ibu akan sembuh..
'Kasim,kalau tak ada sapa nk jaga
Pisha ni,mari sini aku wak balik rumah aku..aku jaga dia' tiba-tiba
nenek bersuara.nenek merupakan ibu kepada ibuku..nenek selalu datang ke
rumah kami..lagipun rumah nenek tidak jauh sangt dengan rumah kami..
'eh.mak kan dah tua..tak mampu nak jaga pisha ni' kata ayah dengan nada terkejut
'takpa,dia cucu aku..aku boleh
jaga..biarlah orang lain tak mahu jaga dia..biarlah orang kampung nak
kata apa pun..aku aka jaga budak tu..aku tau kau tu tak mampu nk jaga
pisha ni sorang-sorang kan?'jawab nenek dengn panjang lebar..
'hemm' ayah mengangguk tanda
setuju..walaupun ada sedikit kegusaran di hatinya..di situ ayah dapat
tahu..bahawa nenek sebenarnya kesunyian tinggal di rumahnya sendirian ..
anak2 nenek dah berkahwin.nenek memang tinggal sendirian selepas
bercerai dengan datuk..
Hari-hari bersama nenek merupakan hari
paling bahagia dalam hidupku..setiap bulan ayah akan datang menghantar
setin susu utk aku..walaupun aku tidak dapat kasih syang secukupnya dari
ayah dan ibu..tapi aku bersyukur mempunyai ayah yang sangt
bertanggungjawab..ibu,aku selalu doakan kau akan sembuh nanti..di saat
aku nangis nenek sabar melayan karenah aku..tat kala aku demam nenek
urut kepala aku,nenek masakkan bubur kegemaran aku..
setiap kali nenek dapat upah menoreh
getah..pasti kami keluar ke pekan untk membeli barang..kami pergi
menaiki basikal je..bersama sepupu aku yg tinggal berdekatan dengn rumah
nenek..nenek akan belikan aku baju,mainan..nenek tahu walaupun di rumah
tiada tv nenek sedaya upaya memenuhi hati ku dengn menbeli
mainan,,supaya di rumah aku tidak kesepian..
nenek sangt pemurah..tidak kira siapa
yang berkunjung ke rumah nenek akan bagi duit..kanak-kanak yang sebaya
dengana aku amat menyukai nenek..biasa lah budak-budak..bagi duit
cepatnya ambik..hehe..nenek memang terkenal dengan sifat pemurahnya..
pengalaman aku semasa kanak-kanak tidak
sama macam kanak-kanak lain..selalunya mesti suka tengok cerita kartun
ka,,pegi main games,pergi garden ka..tapi aku tak..kehidupan aku
seharian ikut nenek pergi kebun..teman nenek menoreh getah..pergi ladang
tengok lembu..nenek juga yang mengajar aku menoreh getah..sweet
kan..tak banyak orang dapat pengalaman macam ni...pernah suatu hari aku
ada cakap kan nenek..'tok bila besar nanti pisha nanti jadi macam tok
lah..menoreh dan bela lembu' bila ingat-ingat balik..kelakar kan...
aku sering bermain dengn sepupu
aku..ala mainan budak kampung..main masak2,congkak..yang paling bes
pergi memancing..wahhbila dapt bnyk ikan..nenek akan masak makanan
kegemaran aku..sambal tumis ikan haruan..sedapnyaa...
sekali-sekala kami akan menziarahi
ibu..nenek tak pandai bawa motasikal..so kami balik rumah ayah dengan
menaiki basikal..bayangkanlah aku masih kecil..nenek akan letak aku di
tempat duduk belakang basikal tu..ikat badan aku supaya berpaut pada
tempat duduk itu...lagipun kami akan melalui jalan batu di tepi
sawah..indahnya saat itu...melihat gelagat nenek berusaha supaya aku
tidak jatuh dari basikal.
hari berganti hari..tahun berganti
tahun..sedar tak sedar usiaku dah menjangkau 6 tahun..bermula detik fasa
baru dalam hidup aku..aku mula bersekolah di PASTI.Setiap hari toklah
yang akan menghantar dan mengambil aku..kekadg tu ayah yg ambik aku...
6 tahun kemudian
'pisha2!cepat datang sini!!' jerit aliah,sepupu aku.ketika itu ku leka bermainan di luar rumah..
'ya allah,tok jatuh..mulut tok berbuih..'
aku jadi tak keharuan ketika itu..aku
menangis sekuatnya..aku tak pernah melihat nenek sebegitu sebelum
ni..nenek telah dibawa ke hosp..dan ditahan selama 3 hari di wad..doktor
mengesahkan nenek mengalami strok..tersentap hati aku apabila
mendengr...hati ku mulai resah,,kegusaran di hatiku makin
menjadi-jadi..aku takut..aku takut utk berpisah dgn nenek..ya allah
kuatkan aku..
'kesihatan mak dah x macam dulu..mak
kena ikut kasim balik rumah kasim..kalau mak terus tinggal di sini nnt
strok mak tu serang lagi,sapa yg nk tengok?'kata ayah
'ini rumah aku..aku takkan pindah ke mana2' balas nenek
'tok,jgnlah macam ni..pisha janji nanti
kita balik rumah tok sekali sekala..kita ajak abg zuki antar kita balik
sini..pisha akan ckp dekat abng nanti..ok tok??'
nenek terdiam.akhirnya nenek akur dengan keputusan ayah..
aku kembali ke rumah ayah..setelah
lebih 10 tahun ibu mengalami sakit misteri..aku tahu ayah sentiasa
ikhtiar mencari penawar buat ibu..nenek juga sudah dpt menerima
keputusan utk tinggal bersama kami..setiap hujung minggu abang zuki akan
hantar aku dan nenek balik rumah nenek..rindu aku dekat teman di sana
terubatlah jugak..
pada suatau petang kami sedang berborak
dengan nenek..tiba-tiba ibu datang dari arah belakang..ya Allah
terkejut kami bukan kepalang..sebab ibu bisa bercakap bahkan berjalan ke
arah kami..kami bersyukur sangat kepada Allah..memamng ini suatu
keajaiban dari Allah..kesakitan yang ibu tnaggung selami ini telah
hilang..ibu telah bebas dari penderitaannya..memamng ternyata usaha ayah
mencari penawar selama ini telah menbuahkan hasil..betullah apa yang
Allah cakap setiap kesusahan itu ada kesenangan..ayah telah mengadakan
kenduri kesyukuran kerana ibu telah sihat..alhamdulillah..terima kasih
ya alllah..
hem..abg dan kak aku pun sudah
melnjutkan pelajaran mereka ke menara gading..abng zuki ja sedang di sek
menengh..aku jalani kehidupan seperti biasa..setelah melangkah ke sek
men aku telah mengambil aliran agama..memag oklah dengan result upsr aku
yg aku beroleh hujung tahun lepas..
setiap pagi nenek pasti akan melakukan
kerja rumah..kawasan rumah sentiasa bersih..nenek memng tidak suka duduk
diam..ada saja kerja yang nak dibuatnya..aku pula bersekolah sesi
petang..dapatlah luangkan masa pd waktu pg dengan nenek..hemm
bahagianya..nenek selalu cerita pengalaman dia semasa zaman jepun
dulu..kesian nenek dan keluarga yang lain,,sberjuang matian utk
melarikan diri dari kekejaman jepun..sampaikan kena tidur atas
bukit..nenek cakap setiap malam kena kacau dengan hantu masa bermalam di
bukit tu..luculah nenek ni..hehe
kadang2 aku terfikir..bagaimana aku nak
hdapi saat aku berpisah dengan nenek..lalu aku mendapat satu
idea..kalau aku duk di asrama..hubungn aku dengn nenek akan jauh
sedikit..jadi aku takkan rasa sangt kehilangan nenek jika nyawanya
diambil Allah..aku akan tetap sayang nenek..2 minggu sekali dapat juga
aku jumpa dengan nenek..tahlah betul ka keputusan aku ni???aku susah
sebenarnya nk berpisah dengan nenek..
akhirnya aku telah mengambil keputusan utk duduk di asrama..sampailah ke tingkatan lima.
aku tahu nenek sedih..aku pun
sedih..tapi aku kuatkan juga..sampailah habis spm aku menginap di
asrama..betapa gembiranya aku pabila dapt bercuti lama setelah tamat
spm..
aku kembali rapat dengan nenek..tapi
aku lihat sekarang keadaan nenek sudah tak seperti dulu..nenek
kadang-kadang terlupa apa yang dia lakukan..kadang2 wktu pg sudah
dikatakan tengh hari..mungkin ini kesan dari penyakit strok yang
dialamimya...nenek mulai nyanyuk..aku sedih melihat keadaan nenek....tp
kami sekeluarga sedaya upaya menjaga nenek...kesihatan nenek juga
kadang2 tidak menentu..aku mulai resah..ya allah..mungkinkah saat aku
kembali rapat dengan nenek,saat ni juga kau akan memgambil
nyawanya..???aku berdoa pada allah agar dilanjutkan usia nenek..aku tahu
dengan saki baki usia nenek sekarang yang menjangkau 80 tahun,bila-bila
masa sahaja allah akan ambil nyawanya..
Alhamdulillah result spm dh keluar..aku
dapt keputusan yang cemerlang..aku telah ditawarkan melanjutkan
pengajian di akaademi pengajian islam universiti malaya nilam puri
kelantan..betapa gembiranya hatinya ku..cita2 aku kian hmpir.tp ini baru
permulaan langkah..aku harus kuat menghadapi mehnah2 hidup di alam
kampus pula..
seminggu sebelum aku berangkat..aku
sibuk mengemas..setiap kali aku beritahu aku akan ke kelantan..nenek
akan menangis..hatinya sebak..hatiku juga sebak..tp kali ini menangis
nenek bukan seperti biasa..seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikannya
dari pengetahuan aku.aku juga merasakn kesedihan yang teramat sangt utk
berpisah dengan keluarga..tambahan lagi dengan nenek..5 hari sebelum
aku pergi..nenek jatuh sakit..katanya sakit yang teramt sangat di dalm
perutnya..sebelum ini nenek tak pernah megalami kesakitan
sedemikian..strok juga sudah jarang menyerang nenek..
aku mulai risau..kenapa hati ku berat
sangat nak berangkat ke kelantan ni..rasa macm nk teman nenek ja sampai
nenek sihat..pada pagi itu..kesakitan nenek makin menjadi-jadi..nenek
tidak dapat makan..nenek tidur saja..kerisauan aku makin
memuncak...tengah hari itu nenek bangun..aku bancuhkan kopi..nenek minum
sedikit sahaja..aku mandikan nenek,aku sikat rambutnya..aku pakaikannya
baju dan kain batik.memang itulah pakaian kebiasaan bagi nenek..tp
nenek tidak menuntur sebarang kata..nenek kembali tidur..petang itu..aku
beri nenek makan lagi..kerana seharian nenek tidak menjamah
makanan..malangnya nenek menolak..
'pisha,malam nanti kita pergi jumpa ustaz mail ya..kita cuba ubat kampung utk tok..mungkin boleh sembuh..'kata mak..
'ok'
seperti dijanjikan kami telah ke rumah
ustaz mail..sejurus pulang dari situ..ibu terus melulu ke bilik tok
untuk memberi air penawar.
tiba-tiba...........
'kenapa tubuh tok sejuk sangat ni???kenapa muka tok pucat sangt ni.
kenapa tok tak bangun pun..pisha dah kejutkan banyk kali ni' ulang aku.
..'yaka..cuba sekali lg..eh knp ni mak?mak!mak,kak lang,cuba cek nadi.!'suruh ibu.
'innalillah..tok dah tak ada pisha' jawab kak lang .
.'akak tipu lah..tok tidur tu.tok x perasan kita kejutkan dia...'jawabku sambil mengalir air mata..makin laju butir2 mutiara itu jatuh di pipiku.
'innalillah..tok dah tak ada pisha' jawab kak lang .
.'akak tipu lah..tok tidur tu.tok x perasan kita kejutkan dia...'jawabku sambil mengalir air mata..makin laju butir2 mutiara itu jatuh di pipiku.
tapi hakikatnya memang nenek dah meninggal.........
aku bagaikan tak percaya apa yang aku
alami sekarang..saat yang aku paling takut telah datang tanpa
diundang..telah sampai saat allah menguji hmbanya..sama ada kuat untk
menerima ujian ini atau tidak..
aku terdiam..aku terpaku..aku
tersentap..ternyata jasad yang berada di hadapan aku sekarang sudah
tidak bernyawa..jasad yang dulu mengusap rambutku,mengurut kepalaku
tatkala aku sakit,memakaikan aku baju sebelum ke sekolah,yang membawa
aku dengan basikal usangnya dulu,yang menyuap nasi ke mulutku dulu..
kini telah jauh pergi meninggalkan aku...aku reda..tetapi kesdihan yang
teramat sangt masih kuat melekat di hatiku..
nenek pemergianmu amat dirasai
namun aku tak bisa menolak takdirnya..
kerna aku juga akan mengikuti langkah itu..
hanya masa kita berbeza..
selagi hayat dikandung badan,selagi kaki bisa melangkah
selagi bibir bisa menutur kata..
doaku selalu ada untukmu..nenekku......
kaulah awan nano bagiku..
................................................................................................................................
kaulah awan nano bagiku..
................................................................................................................................
'oit!kau duk buat apa kat sini??mengelamun sakan..' sapa lisa dari belakang.
'astagfirullahalazim..terkejut aku!lain kali bagi lah salam dulu kalau masuk' jawabku dengn nada agak marah.
'hello aku dah bagi salam..kau yang x dengar..tula mengelamun sangt..kau nangis erk?'
'oh..yaka sorry..taklah..mana aku
nangis pun..kau datang ni mesti nk bincang assignment nahu kan?jom2 kita
bincang..' balas aku..
'ha..tau x pa..aku x faham tajuk ni lah..'
'yang ni macam ni..ingat tak ustazah ada cakap hari tu...........................'
begitulah kehidupan aku sekarang..sibuk
dengan assignment..inilah perjuanagn dalam hidup..walau apa yang
terjadi..hidup mesti diteruskan..jia you!!!(^^)..
sekian~
No comments:
Post a Comment